Wednesday 16 October 2013

Koleksi terkini Handmade ct N honey

Terima kasih kepada pelanggan yang setia dan juga yang baru mengenai Handmade ct N honey. Untuk pengetahuan semua saya telah berpindah ke blog baru. Boleh ke blog  http://cthoney.blogspot.com/ untuk melihat lebih banyak koleksi terbaru saya. Juga sangat lah saya berbesar hati jika sudi ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney. Diharap pelanggan suka dan pastikan ada salah satu product saya yang berkenan dihati nanti. Enjoy....

Tuesday 24 September 2013

Pencil case dari Denim.Dihiasi bunga felt

Pencil case  HandmadeBag/Craft ctNHoney. Boleh dijadikan sebagai hadiah ataupun untuk diri sendiri.

Pencil case ct N honey nampak begitu cantik kerana warna yang sangat ceria dan mempunyai corak yang menarik.

Diperbuat dari kain denim dan heavy cotton pencil case ini dihiasi dengan felt,butang berbagai saiz dan bentuk juga dari batu berkilat dan manik2.

Boleh ditempah dengan meletakkan nama sendiri dan membuatkan pencil case anda begitu eksklusif. Dengan corak seperti dibawah pasti ramai yang memandang kali kedua apabila melihat pencil case ini diatas meja tulis anda.

Selain dari corak dibawah anda juga boleh memberi idea pencil case anda sendiri. Dari segi warna corak dll.
Pencil case bernama. Gabungan warna yang sangat menarik

Friday 13 September 2013

Handmade bag / craft ct N honey

Ini adalah hasil kerjatangan sendiri. Dibuat dengan penuh sentuhan kasih sayang kerana minat yang mendalam dengan hobi menjahit. Semua product ini adalah untuk dijual ataupun boleh juga ditempah. Sedia menerima tempahan tote bag,sling bag dll.
Handmade sling bag,dompet,tote bag dan bekas Tab 10"

Handmade cotton bag,tote bag

Handmade sling bag,cotton bag,pencil case,wallet

Handmade tote bag,pencil case,beg duit syilling

Handmade dompet,clutch,sling bag
Handmade clutch,cosmetik bag,pencil case,purse,sling bag,mini travel bag
Setiap dari kita terutama perempuan mesti ada satu beg tangan akan tersangkut di bahu ataupun dompet untuk mengisi barang keperluan peribadi. Untuk beg buatan tangan pula, ianya sangat popular pada hari ini. Mungkin kerana coraknya berwarna-warni,kadang-kadang berbentuk lain dari beg yang ada dipasaran dan juga selalunya beg buatan tangan boleh ditempah mengikut citarasa sendiri dan nampak lebih individu dan peribadi. Beg tangan buatan tangan juga mudah disesuaikan mengikut kehendak sipemakainya.

Jika anda pencinta barang buatan tangan,sudah pasti anda adalah dikalangan individu yang mempunyai cita rasa yang tinggi terhadap seni. Beg buatan tangan selalunya sangat tahan lasak kerana diperbuat dengan teliti dan halus jahitannya. Maka sudah semestilah beg buatan tangan lebih baik mutunya dan mahal sedikit. Jadi untuk memiliki beg tangan yang baik tidak semestinya yang berjenama sahaja.

Di Handmade Bag / craft ct N honey matlamat utama ialah kepuasan pelanggan. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan jangan segan untuk bertanya,saya sedia melayan. Biar banyak tanya asalkan pelanggan berpuas hati dengan hasilnya.

Sila lah melihat product Handmade Bag / Craft ct N honey. Memandangkan corak dan warna yang banyak buatlah pilihan sehingga berpuas hati. Ataupun cuci mata dulu beli kemudian. Terima kasih. Enjoy...